Mazmur 126:5-6 (TB)  Orang-orang yang menabur dengan mencucurkan air mata, akan menuai dengan bersorak-sorai.
Orang yang berjalan maju dengan menangis sambil menabur benih, pasti pulang dengan sorak-sorai sambil membawa berkas-berkasnya.

https://alkitab.app/v/9d4f92919a72

Shalom semua bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang 'menabur dengan mencucurkan air mata, akan menuai dengan sorak-sorai' Ramai yang tidak mahu menabur sebab menuntut pengorbanan tenaga, masa, wang ringgit dan sebagainya mungkin itulah yang dimaksudkan oleh pemazmur 126 mencucurkan air mata. Tuhan Yesus juga selama 3 tahun lebih menabur benih firman TUHAN dalam dunia sehingga nyawa-Nya sendiri diserahkan demi benih firman TUHAN yang Dia tabur. Hasilnya maut, tangisan dan dukacita dihapuskan (Wahyu 21:4). Mari kita bertaubat kalau masih lagi tidak mahu menabur dan meraih hasilnya. Salam damai untuk kita semua.
✝emanuelministry.blogspot.com 7.7.2020 Kudat Sabah Malaysia.

Comments

Popular Posts