Yosua 7:13 (TB) Bangunlah, kuduskanlah bangsa itu dan katakan: Kuduskanlah dirimu untuk esok hari, sebab, demikianlah firman TUHAN, Allah Israel: Hai, orang Israel ada barang-barang yang dikhususkan di tengah-tengahmu; kamu tidak akan dapat bertahan menghadapi musuhmu, sebelum barang-barang yang dikhususkan itu kamu jauhkan dari tengah-tengah kamu. https://alkitab.app/v/25747c22a113 Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Menjauhkan barang yang dikhususkan" Ketika penaklukan kota Yerikho TUHAN mengkhususkan emas dan perak untuk-Nya, tetapi ada rakyat yang mengambil emas dan perak. TUHAN telah menghukum orang itu dan ahli keluarganya. Tuhan Yesus memberi kita cukup masa untuk menjauhkan diri dari barang yang dikhususkan iaitu perbuatan tamak dan mementingkan diri. Mari kita berubah supaya menjauhkan diri daripada barang yang dikhususkan untuk TUHAN. Damai sejahtera untuk kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 24.8.2022.

Comments

Popular Posts