Ulangan 29:1-2 (TB) Inilah perkataan perjanjian yang diikat Musa dengan orang Israel di tanah Moab sesuai dengan perintah TUHAN, selain perjanjian yang telah diikat-Nya dengan mereka di gunung Horeb. Musa memanggil seluruh orang Israel berkumpul, lalu berkata kepada mereka: "Sudah kamu lihat segala yang dilakukan TUHAN di tanah Mesir di depan matamu terhadap Firaun dan terhadap semua pegawainya dan terhadap seluruh negerinya: https://alkitab.app/v/47bc38cdb4a7 Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Janji dibaharui" Setelah empat puluh tahun berlalu perjanjian di gunung Herob diulang lagi di dataran Moab selepas siri ucapan pengulangan hukum Taurat oleh Musa. Supaya rakyat ingat akan perjanjian itu. Kita juga membaharui perjanjian kita dengan Tuhan Yesus ketika mengambil bahagian dalam Perjamuan Kudus. Mari kita berubah supaya ingat janji yang dibaharui bahawa kita ialah umat TUHAN. Damai sejahtera untuk kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 12.8.2022.

Comments

Popular Posts