Bilangan 5:27 (TB) Setelah terjadi demikian, apabila perempuan itu memang mencemarkan dirinya dan berubah setia terhadap suaminya, air yang mendatangkan sumpah serapah itu akan masuk ke badannya dan menyebabkan sakit yang pedih, sehingga perutnya mengembung dan pahanya mengempis, dan perempuan itu akan menjadi sumpah kutuk di antara bangsanya.
https://alkitab.app/v/4c0c37f2570e
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Cemburu" Apabila seorang suami cemburu tanpa bukti terhadap isterinya, dia perlu membawa isteri kepada imam untuk dikutuk, imam memberi air pahit iaitu debu lantai Kemah Suci dalam satu tempayan air diminum oleh isteri. Kalau benar isteri itu berbuat serong kesakitanlah dia dan mengembunglah perut serta kempislah pahanya. Tuhan Yesus memberi peluang kepada seseorang yang berdosa zina untuk meninggalkan dosa itu dan tidak mengulanginya (Yohanes 8:11). Mari kita berubah supaya tidak ada cemburu terhadap isteri atau suami dan tetap saling setia. Damai sejahtera untuk kita. ✝ emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 13.6.2022.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment