Bilangan 14:1-3 (TB) Lalu segenap umat itu mengeluarkan suara nyaring dan bangsa itu menangis pada malam itu.
Bersungut-sungutlah semua orang Israel kepada Musa dan Harun; dan segenap umat itu berkata kepada mereka: "Ah, sekiranya kami mati di tanah Mesir, atau di padang gurun ini!
Mengapakah TUHAN membawa kami ke negeri ini, supaya kami tewas oleh pedang, dan isteri serta anak-anak kami menjadi tawanan? Bukankah lebih baik kami pulang ke Mesir?"
https://alkitab.app/v/b742b88df00c
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, Salam takziah kepada keluarga aki Japahal Kadakang anggota jemaat Nongkul yang telah kembali ke pangkuan Bapa di surga awal pagi tadi. Hari ini saya berkongsi tentang "Mahu kembali ke Mesir" Akibat termakan hasutan oleh sepuluh pengintai tanah Kanaan rakyat mula putusasa dan mahu kembali ke Mesir. Tuhan Yesus sudah menjadikan kita ciptaan baharu (2 Korintus 5:17) tidak perlu lagi kembali kepada ciptaan lama iaitu keyakinan lama. Mari kita berubah supaya tidak mahu kembali ke Mesir. Damai sejahtera untuk kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 22.6.2022.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment