Yehezkiel 45:9-10 (TB) Beginilah firman Tuhan ALLAH: "Cukuplah itu, hai raja-raja Israel, jauhkanlah kekerasan dan aniaya, tetapi lakukanlah keadilan dan kebenaran; hentikanlah kekerasanmu yang mengusir umat-Ku dari tanah miliknya, demikianlah firman Tuhan ALLAH.
Neraca yang betul, efa yang betul dan bat yang betullah patut ada padamu.
https://alkitab.app/v/029cc4af976a.
Kopivosihan dan selamat beribadah, syukur kes baharu COVID-19 di Sabah menurun sehingga dua angka. Hari ini saya berkongsi tentang "Cukuplah jangan menindas lagi" Salah satu sebab kenapa kerajaan Samaria dan Yerusalem runtuh kerana raja mereka menindas rakyat dengan menipu sukatan, merampas milik dan melakukan kekerasan. TUHAN mengatakan cukuplah itu. Tuhan Yesus juga mengingatkan kita supaya menggunakan sukatan / ukuran yang betul, sebab ukuran itulah yang digunakan semula oleh TUHAN kepada kita (Markus 4:24). Mari kita bertaubat kalau masih lagi menipu, merampas dan melakukan kekerasan. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 7.3.2021.
Comments
Post a Comment