Hosea 3:4-5 (TB) Sebab lama orang Israel akan diam dengan tidak ada raja, tiada pemimpin, tiada korban, tiada tugu berhala dan tiada efod dan terafim.
Sesudah itu orang Israel akan berbalik dan akan mencari TUHAN, Allah mereka, dan Daud, raja mereka. Mereka akan datang dengan gementar kepada TUHAN dan kepada kebaikan-Nya pada hari-hari yang terakhir.
https://alkitab.app/v/5f03771fce76.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Hati yang sunyi sepi mencari TUHAN" Nabi Hosea menubuatkan suatu hari nanti umat Israel akan mencari TUHAN selepas negara mereka sunyi sepi akibat hukuman TUHAN. Tuhan Yesus mengetuk pintu hati manusia yang telah sekian lama sunyi sepi supaya menerima-Nya (Wahyu 3:20). Mari kita bertaubat kalau masih lagi tidak mencari TUHAN walaupun hati telah sunyi sepi. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 25.3.2021.
Comments
Post a Comment