Yehezkiel 26:17-18 (TB) Dan mereka akan mengucapkan suatu ratapan mengenai engkau dan akan mengatakan kepadamu: Bagaimana engkau, hai kota yang terpuja, hilang dari lautan, kota yang berkuasa di laut, engkau dengan pendudukmu, yang menimbulkan ketakutan pada penduduk di daratan?
Sekarang, daerah pesisir jadi gentar pada hari jatuhmu, ya, daerah pesisir yang di tepi laut gempar mendengar kesudahanmu.
https://alkitab.app/v/9735acdc54c2.
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, syukur kelmarin kes COVID-19 di Sabah terendah direkodkan iaitu sembilan puluh tujuh. Hari ini saya berkongsi tentang "Kota Tirus sunyi sepi" TUHAN mengancam hukuman kepada kota Tirus kalau mereka tidak bertaubat seperti kota Yerusalem. Kota itu akan menjadi sunyi sepi tiada penghuni. Tuhan Yesus mengancam hukuman kepada semua manusia kalau tidak bertaubat walapun sudah melihat tanda ajaib daripada-Nya (Matius 11:20-24). Mari kita bertaubat kalau masih lagi tidak mendengar ancaman hukuman daripada TUHAN. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 16.2.2021.
Comments
Post a Comment