Yehezkiel 24:9-11 (TB)  Oleh sebab itu beginilah firman Tuhan ALLAH: Celakalah kota yang penuh hutang darah! Aku juga hendak memperbesar pancakanya. 

Susunlah banyak kayu, nyalakan api, biarlah dagingnya masak betul, buanglah kuahnya dan biarlah tulang-tulangnya hangus.

Letakkanlah periuk itu kosong di atas bara api, supaya itu dibakar dan tembaganya menjadi merah, sehingga kotorannya hancur di dalamnya dan karatnya hilang.

https://alkitab.app/v/ea008949d203. 


Kopivosihan dan Selamat beribadah di gereja dan di rumah. Hari ini saya berkongsi tentang "TUHAN menyucikan Kota Yerusalem" TUHAN mengumpamakan kota Yerusalem kuali yang banyak karat iaitu dosa penyembahan berhala mereka, TUHAN mahu menanggal karat kuali itu dengan api. Tuhan Yesus datang menyucikan manusia seperti menampi padi / gandum (Lukas 3:17). Mari kita bertaubat kalau masih lagi berkarat / berdosa. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 14.2.2021.

Comments

Popular Posts