Yesaya 35:3, 5-7 (TB) Kuatkanlah tangan yang lemah lesu dan teguhkanlah lutut yang goyah.
Pada waktu itu mata orang-orang buta akan dicelikkan, dan telinga orang-orang tuli akan dibuka.
Pada waktu itu orang lumpuh akan melompat seperti rusa, dan mulut orang bisu akan bersorak-sorai; sebab mata air memancar di padang gurun, dan sungai di padang belantara;
tanah pasir yang hangat akan menjadi kolam, dan tanah kersang menjadi sumber-sumber air; di tempat serigala berbaring akan tumbuh tebu dan pandan.
https://alkitab.app/v/1525d0f0e80d
Shalom dan selamat beribadah kepada kita semua, minggu ketiga ibadah dalam rumah. Kelmarin kes baharu COVID-19 1228, tertinggi setakat ini. Hari ini saya mahu berkongsi tentang "kuatkanlah tangan yang lemah, teguhkanlah lutut yang goyah" Situasi negara kian meruncing, khususnya KKM keletihan semakin dirasakan. Letih secara fizikal dan emosi. Ada yang sudah berbulan tidak balik kepangkuan keluarga. Tuhan Yesus memberi harapan kepada rakyat pada masa itu dengan khutbah ucapan bahagia (Matius 5:1-16). Mari kita bertaubat supaya saling menguatkan. Salam damai untuk kita semua.
✝emanuelministry.blogspot.com 25.10.2020 Kota Kinabalu Sabah Malaysia.
Comments
Post a Comment