Yesaya 18:3-4 (TB)  Hai semua penduduk dunia, hai orang-orang yang mendiami bumi! Apabila panji-panji dinaikkan di gunung-gunung, lihatlah; apabila sangkakala ditiup, dengarlah! 

Sebab beginilah firman TUHAN kepadaku: "Aku akan menjenguk dari tempat kediaman-Ku dengan tidak bergerak, seperti hawa panas yang mendidih waktu panas terik, seperti kabut embun di panas musim menuai." 


https://alkitab.app/v/6cdae05318a0


Shalom semua bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "TUHAN menghukum Etiopia" dikatakan mereka bangsa yang tangkas dan lalim / berdosa, ditakuti orang dekat dan yang jauh. Mungkin mereka suka mengejar orang yang lalu atau berhampiran dengan kawasan mereka.Tuhan Yesus mahu melintasi jalan desa di Samaria tetapi ditolak oleh orang Samaria (Lukas 9:52-56). Memberi gambaran masyarakat Yahudi dan Samaria tidak berdamai. Mari kita bertaubat kalau masih lagi tidak mahu berdamai dengan masyarakat lain. Salam damai untuk kita semua.

✝emanuelministry.blogspot.com 8.10.2020 Kota Kinabalu Sabah Malaysia.

Comments

Popular Posts