Mazmur 44:22-24 (TB)  (44-23) Oleh karena Engkau kami ada dalam bahaya maut sepanjang hari, kami dianggap sebagai domba-domba sembelihan.
(44-24) Terjagalah! Mengapa Engkau tidur, ya Tuhan? Bangunlah! Janganlah membuang kami terus-menerus!
(44-25) Mengapa Engkau menyembunyikan wajah-Mu dan melupakan penindasan dan impitan terhadap kami?

https://alkitab.app/v/fca687ec0693

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi hari ini saya berkongsi tentang bahaya maut sepanjang hari. Konteks Mazmur 44 kita faham  negara mereka dikelilingi oleh musuh hanya satu negara saja yang mahu bersahabat iaitu negara Tirus (2 Samuel 5:11). Tepatlah ungkapan pemazmur bahaya maut sepanjang hari. Kata kata ini juga dikutip rasul Paulus untuk mengambarkan bahaya maut sepanjang hari sebab pemberitaan Injil ( Roma 8:36). Hari ini kita juga mengalaminya sebab ancaman maut oleh COVID-19, kes sporadik sudah ada dalam negara maksudnya virus itu sudah ada dalam komuniti kita, bukan lagi akibat sebaran daripada luar negara. Tuhan Yesus juga mengalami bahaya maut sepanjang hari, orang Yahudi berulangkali merejam Dia batu (Yohanes 10:31). Tetapi berulang kali juga Tuhan Yesus menyelamatkan diri, kita percaya bahawa Kita masih ada sampai hari ini sebab perlindungan TUHAN. Mari kita bertaubat kalau bukan TUHAN lagi tempat kita berlindung.
Salam damai untuk kita semua.
✝emanuelministry.blogspot.com 16.4.2020 Kota Kinabalu Sabah Malaysia.

Comments

Popular Posts