Mazmur 37:37-38 (TB)  Perhatikanlah orang yang tulus dan lihatlah kepada orang yang jujur, sebab pada orang yang suka damai akan ada masa depan;
tetapi pendurhaka-pendurhaka akan dibinasakan bersama-sama, dan masa depan orang-orang fasik akan dilenyapkan.

https://alkitab.app/v/9bba2dd12dc1

Shallom semua bertemu lagi dalam renungan pagi hari ini saya berkongsi tentang damai, dikatakan dalam Mazmur 37:37 mereka yang suka damai akan ada masa depan. Kata damai dalam bahasa asal 'shalom' disebut " shaw-lome" dalam bahasa Ibrani yang boleh bermaksud damai, sempurna, kukuh, kemakmuran, kebajikan, selamat, kesihatan. Rupanya inilah maksud ucapan shalom yang selalu kita katakan umpama satu doa. Sungguh sungguhkah kita hidup dalam shalom atau hanya dibibir saja? Tuhan Yesus juga menggunakan perkataan damai sejahtera kepada murid muridNya ketika Dia bangkit dari kematian (Lukas 24:36). Mari kita bertaubat kalau masih lagi tidak mahu hidup dalam damai sejahtera. Salam damai untuk kita semua.
✝emanuelministry.blogspot.com 9.4.2020 Kota Kinabalu Sabah Malaysia.

Comments

Popular Posts