Imamat 18:24-25 (TB) Janganlah kamu menajiskan dirimu dengan semuanya itu, sebab dengan semuanya itu bangsa-bangsa yang akan Kuhalaukan dari depanmu telah menjadi najis. Negeri itu telah menjadi najis dan Aku telah membalaskan kesalahannya kepadanya, sehingga negeri itu memuntahkan penduduknya. https://alkitab.app/v/ac059d471876 Kopivosihan dan selamat menyambut pesta Kaamatan, bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini saya berkongsi tentang "Jangan menajiskan diri" TUHAN memberi perintah kepada umat Israel supaya tidak melakukan zinah iaitu melakukan hubungan seks selain suami isteri. Perbuatan itu menajiskan pelakunya. Tuhan Yesus berkata "jangan berbuat dosa lagi mulai dari sekarang" kepada perempuan yang kedapatan berzinah itu (Yohanes 8:11). Mari kita berubah supaya tidak menajiskan diri lagi dengan zinah. Damai sejahtera untuk kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Labuan Malaysia 30.5.2022.

Comments

Popular Posts