Keluaran 10:21-22 (TB) Berfirmanlah TUHAN kepada Musa: "Ulurkanlah tanganmu ke langit, supaya datang gelap meliputi tanah Mesir, sehingga orang dapat meraba gelap itu."
Lalu Musa mengulurkan tangannya ke langit dan datanglah gelap gulita di seluruh tanah Mesir selama tiga hari.
https://alkitab.app/v/39faadccc4c4
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Kegelapan melanda Mesir" Sampailah tulah kelapan iaitu belalang dan tulah kesembilan kegelapan yang teramat gelap, mungkin sindiran TUHAN terhadap dewa terang orang Mesir dan mahu mengajar bahawa Dia ialah TUHAN yang lebih berkuasa. Tetapi Firaun tetap mengeraskan hati. Tuhan Yesus pernah berkata "Akulah terang dunia" mereka yang mengikut-Nya mempunyai terang dalam hidupnya (Yohanes 8:12). Mari kita berubah supaya kegelapan tidak melanda hidup kita. Damai sejahtera di hati kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 13.4.2022.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment