Kejadian 28:1-2 (TB) Kemudian Ishak memanggil Yakub, lalu memberkati dia serta memesankan kepadanya, katanya: "Janganlah mengambil isteri dari perempuan Kanaan. Bersiaplah, pergilah ke Padan-Aram, ke rumah Betuel, ayah ibumu, dan ambillah dari situ seorang isteri dari anak-anak Laban, saudara ibumu. https://alkitab.app/v/07c0f63e5580 Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Yakub mencari isteri" Perjalanan panjang Yakub bermula apabila ibu bapanya menyuruh dia mengambil isteri di kalangan ahli keluarga mereka di Padan-Aram (Mesopotamia) tetapi idea di sebaliknya Ribka mahu Yakub berjauhan dengan Esau. Mencari pasangan hidup suatu perjalanan panjang sebab itu perlu perancangan bertahun. Mengikuti Tuhan Yesus suatu perjalanan panjang umpama Yakub mencari isteri. Mari kita berubah supaya tetap setia kepada Tuhan Yesus ketika perjalanan Yakub mencari isteri. Damai sejahtera di hati kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 12.3.2022.

Comments

Popular Posts