Kejadian 17:24-27 (TB) Abraham berumur sembilan puluh sembilan tahun ketika dikerat kulit khatannya. Dan Ismael, anaknya, berumur tiga belas tahun ketika dikerat kulit khatannya. Pada hari itu juga Abraham dan Ismael, anaknya, disunat. Dan semua orang dari isi rumah Abraham, baik yang lahir di rumahnya, maupun yang dibeli dengan uang dari orang asing, disunat bersama-sama dengan dia. https://alkitab.app/v/d7fd27e97b20 Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Sunat tanda perjanjian" Ketika umur Abram sembilan puluh sembilan tahun TUHAN menampakan diri lagi kepada Abram, untuk menegaskan janji bahawa Abram mempunyai ramai keturunan, tanda perjanjian itu ialah dengan sunat dan mengubah nama Abram menjadi Abraham, semua laki-laki dalam rumah Abram disunat supaya mereka termasuk dalam perjanjian itu, tidak kiralah hamba atau orang asing yang dibeli. Hari ini kita pun ada tanda sunat iaitu baptisan dalam nama Bapa, Anak dan Roh Kudus supaya kita menjadi umat Kristus. Mari kita berubah supaya dapat menerima sunat (baptisan) perjanjian itu agar kita menjadi umat Kristus. Damai sejahtera di hati kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 1.3.2022.

Comments

Popular Posts