Maleakhi 1:12-13 (TB) Tetapi kamu ini menajiskannya, karena kamu menyangka: "Meja Tuhan memang cemar dan makanan yang ada di situ boleh dihinakan!"
Kamu berkata: "Lihat, alangkah susah payahnya!" dan kamu menyusahkan Aku, firman TUHAN semesta alam. Kamu membawa binatang yang dirampas, binatang yang timpang dan binatang yang sakit, kamu membawanya sebagai persembahan. Akan berkenankah Aku menerimanya dari tanganmu? firman TUHAN.
https://alkitab.app/v/34261a8d73b2
Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Persembahan terbaik" Kitab Maleakhi ialah kitab terakhir dalam kitab Perjanjian Lama (Sebelum Yesus Kristus). Boleh dikatakan kitab Maleakhi pembaharuan kitab Imamat supaya para imam dan rakyat mudah memahami tatacara ibadah di bait suci. Dikatakan dalam bab ini TUHAN tidak mahu korban binatang yang ada kecacatan. Tuhan Yesus ialah korban yang sempurna sebagai penghapus dosa manusia dan perdamaian dengan TUHAN (Kolose 1:22, Ibrani 10:1-18). Mari kita bertaubat kalau masih lagi tidak membawa persembahan yang terbaik. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 25.5.2021.
Comments
Post a Comment