Obaja 1:15-16 (TB)  Sebab telah dekat hari TUHAN menimpa segala bangsa. Seperti yang engkau lakukan, demikianlah akan dilakukan kepadamu, perbuatanmu akan kembali menimpa kepalamu sendiri. 

Sesungguhnya, seperti kamu telah minum di atas gunung-Ku yang kudus, segala bangsa pun akan minum dengan tidak henti-hentinya; bahkan, mereka akan minum dengan lahap, dan mereka akan menjadi seakan-akan mereka tidak pernah ada. 

https://alkitab.app/v/64fa9752290f.


Kopivosihan dan selamat beribadah, bertemu lagi dalam renungan pagi. Kes baharu COVID-19 kembali meningkat kepada dua ribu lebih. Mungkin negara kita sedang dilanda gelombang keempat. Hari ini saya berkongsi tentang "Perbuatan jahat menimpa diri sendiri" Kitab nabi Obaja hanya satu bab, kitab paling pendek dalam Perjanjian Lama. Pesan yang lazim pada zaman itu tentang ancaman hukuman dan diakhiri harapan pemulihan. Pesan yang sangat keras perbuatan jahat akan menimpa diri sendiri. Tuhan Yesus juga mengingatkan kita bahawa sukatan / perbuatan kita akan dikenakan balik kepada kita (Lukas 6:38). Mari kita bertaubat daripada perbuatan jahat. Damai sejahtera bersama kita. (Salam takziah untuk keluarga Moribun Yabahar, beliau sudah dipanggil TUHAN jam satu pagi tadi di Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu Sabah Malaysia). ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 18.4.2021.

Comments

Popular Posts