Yesaya 51:7-8 (TB)  Dengarkanlah Aku, hai kamu yang mengetahui apa yang benar, hai bangsa yang menyimpan pengajaran-Ku dalam hatimu! Janganlah takut jika diaibkan oleh manusia dan janganlah terkejut jika dinista oleh mereka. 

Sebab ngengat akan memakan mereka seperti memakan pakaian dan gegat akan memakan mereka seperti memakan kain bulu domba; tetapi keselamatan yang dari pada-Ku akan tetap untuk selama-lamanya dan kelepasan yang Kuberikan akan lanjut dari keturunan kepada keturunan.https://alkitab.app/v/0c49ecb21df6.


Shalom semua bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Jangan takut diaibkan dan dinista oleh manusia" Inilah gambaran apa yang berlaku kepada orang buangan mereka diaibkan dan dinista, Yesaya memberi penghiburan bahawa manusia seperti itu akan binasa juga, pembebasan TUHAN akan datang. Yesus datang memberi harapan kepada golongan masyarakat yang diaibkan dan dinista   seperti pesakit kusta (Matius 8:1-3). Mari kita bertaubat kalau masih lagi tidak mendapat penghiburan ketika diaibkan dan dinista. Salam damai untuk kita semua. ✝emanuelministry.blogspot.com 10.11.2021 Kota Kinabalu Sabah Malaysia.

Comments

Popular Posts