Amsal 20:3-4 (TB)  Terhormatlah seseorang, jika ia menjauhi perbantahan, tetapi setiap orang bodoh membiarkan amarahnya meledak. 

Pada musim dingin si pemalas tidak membajak; jikalau ia mencari pada musim menuai, maka tidak ada apa-apa. 


https://alkitab.app/v/30ae6a64b286


Shalom semua bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "terhormatlah seseorang yang menjauhi pertengkaran" ketika berlaku pertengkaran tidak ada yang mahu mengalah, biasanya menyebabkan permusuhan yang berpanjangan. Tuhan Yesus sering kali diserang oleh pemimpin agama, biasanya Tuhan Yesus meninggalkan mereka setelah menjawab pertanyaan mereka (Matius 16:1-4). Mari kita bertaubat kalau masih lagi suka bertengkar. Salam damai untuk kita semua.

✝emanuelministry.blogspot.com 20.8.2020 Kudat Sabah Malaysia.

Comments

Popular Posts