Mazmur 68:18-20 (TB)  (68-19) Engkau telah naik ke tempat tinggi, telah membawa tawanan-tawanan; Engkau telah menerima persembahan-persembahan di antara manusia, bahkan dari pemberontak-pemberontak untuk diam di sana, ya TUHAN Allah.
(68-20) Terpujilah Tuhan! Hari demi hari Ia menanggung bagi kita; Allah adalah keselamatan kita. Sela
(68-21) Allah bagi kita adalah Allah yang menyelamatkan, ALLAH, Tuhanku, memberi keluputan dari maut.

https://alkitab.app/v/41ac379d168a

Shalom dan selamat beribadah kepada kita semua, minggu ke lapan tidak dapat beribadah dalam gedung gereja sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pendemik virus COVID-19 yang melanda negara kita dan negara lain di dunia. Walapun begitu ibadah di rumah masih boleh dilakukan. Hari ini saya berkongsi tentang 'Engkau telah membawa tawanan-tawanan' kata asal tawanan mengunakan kata 'shbiy' diungkap "sheb-ee" bahasa Ibrani yang boleh bermaksud tawanan, tahanan. Siapakah tawanan yang dibawah naik ketempat tinggi itu. Kitalah yang di maksudkan iaitu manusia berdosa ditawan oleh hukuman dosa. Tuhan Yesus yang dimaksud membawa para tawanan ketempat yang maha  tinggi iaitu Surga, seperti yang dijelaskan oleh Rasul Paulus dalam Efesus 4:7-8. Mari kita bersyukur dan bertaubat untuk menerima pembebasan daripada hukuman dosa iaitu maut yang telah diberikan TUHAN melalui Yesus Kristus (Roma 6:23). Salam damai untuk kita semua.
✝emanuelministry.blogspot.com 10.5.2020 Kota Kinabalu Sabah Malaysia.

Comments

Popular Posts